ada CCTV tau...

Nuffnang

PEMBACA DIHORMATI

Wednesday, June 26, 2013

Hidangan Sehangat Bintang!!

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca yang dikasihi.. Alhamdulillah, berakhir juga debaran yang melanda Farid bermula 20 April lalu.. Namun farid sangat pasti yang pecinta masakan dan peminat selebriti turut menghembuskan nafas lega malam tadi..hehehe... Program realiti yang mempunyai 40 episod ini telah melabuhkan tirainya malam tadi.. Program ini melibatkan 19 selebriti terkenal tanah air yang mempunyai bakat dalam masakan.. Selebriti yang terlibat ialah Keroz Nazri, Afiq Muiz, Yassin Yahya, Radhi OAG, Sathiya, Sabhi Sadhi, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Enot, Syanie Hisham, Lydiawati, Cat Farish, Norish Karman, Kenchana Devi, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syura, dan Celina Khor.. Kesemua selebriti ini akan berentap di dapur Master Chef bagi mengumpul wang untuk didermakan kepada badan kebajikan yang diwakili.. 



Trofi ini yang akan menukarkan karear selebriti yang menyertai program ini.. Semuanya telah terjawab malam tadi dengan pengunguman nama pemilik trofi ini.. Syura ataupun nama sebenarnya ialah Zuraidah Badron telah dinobatkan sebagai pemenang dalam Masterchef Selebriti 2.. 

Syura yang mewakili badan kebajikan Brest CancerWelfare Association of Federal Territory telah berjaya mengumpul sebanyak RM60,500 untuk didermakan kepada badan kebajikan tersebut.. Manakala, hadiah tajaan daripada Malaysia Airlines buat Syura pula ialah tiket penerbangan pergi dan balik ke Paris dengan menaiki pesawat perniagaan.. (Wow... bertuahnye.. )

Semua yang diperoleh adalah setimpal dengan cabaran yang telah dilaluinya selama ini.. Begitu juga cabaran akhir yang begitu mencabar pada pandangan farid.. Syura dan Celina bersaing untuk mencipta menu untuk sembilan orang VVIP kelas pertama dalam sebuah penerbangan MAS. Dalam cabaran tersebut, masing-masing dikehendaki membuat sejenis pembuka selera, sajian utama, dan pencuci mulut. (Wow.. mencabarkan??) 
Akhirnya Syura berjaya menewaskan Celina Khor apabila menu bertemakan 'Sajian Sehangat Bintang' ciptaannya berjaya memikat hati juri.. Tahniah buat Chef Selebriti(syura) kita yang bakal mengikut jejek langkah Dr.Fazley (juara Masterchef selebriti 1) dalam mempromosikan dan menyinari dunia kulinari..
Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...