Assalamualaiku dan selamat sejahtera pada semua.. Memandangkan kita berada di penghujung Ramadhan, marilah kita memanfaatkan dengan mempertingkat amalan kita pada Ramadhan kali ini.. Mungkin ini merupakan Ramadhan yang terakhir bagi kita.. Hishh!! Taknaklah sedih-sedih..
So, macam mana persiapan raya?? Dah beli baju raya?? Berbelanja tu jangan sampai membazir ye.. Bagi yang buat kuih raya tu, poskan kat Farid sikit ye..hahaha.. Dikesempatan ini Farid nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua kerana sudi menekan butang "FOLLOW" pada blog ni.. Alhamdulillah makin bertambah rakan seperjuangan Farid.. Sama-samalah kita mempertingkatkan kemahiran penulisan kita.. (mana tau boleh jadi penulis novel lepas ni) 'Hidup Penulisan!!' hehehe...
Memandangkan kehadiran lebaran yang bakal muncul tidak berapa lama lagi bagi menggantikan Ramadhan, Farid juga nak mengucapkan "SeLaMaT HaRiRaYa AiDiLfItRi MaAf ZaHiR DaN BaTiN". Maaf la kerana dah lama tak update blog ni.. Farid sibuk sikit sebelum ini dan dalam masa 3 tahun akan datang ni.. haa.. nak tau kenapa?? Nanti Farid cerita di entry akan datang.. (nantikan ye) Bagi yang dah 'follow' blog ni, maaf sebab lambat 'follow' balik.. Jangan risau ye.. Farid akan tetap 'follow' kamu semula samada cepat atau lambat (bergantung keluangan masa yang ada) Maaf juga pada semua andai ada terlanjur perkataan, terkasar bahasa atau ada yang kecil hati terhadap entry Farid sebelum ini.. Kemaafan di pohon dari hujung rambut hingga hujung kaki.. :-)
Bagi yang akan pulang beraya di kampung halaman, Farid mendoakan agar selamat sampai ke destinasi ye.. "Biar lambat asal selamat" hehehe... Tapi Farid tau, tak semua akan ikut cogan kata ni.. betul tak?? hehe terutama bagi yang dah biasa 'drive' laju tu.. Mereka akan berasa kekok bila 'drive' secara perlahan. So, apa kata kita ubah sikit cogan kata ini buat tahun ini:
"Biar laju asal aelamat"
Haaa... Setuju tak?? Apa pon cogan kata yang dilaungkan, pastikan anda memandu dengan selamat bagi bersama-sama ceria di pagi Syawal.. Selamat Hari Raya semua!
No comments:
Post a Comment