ada CCTV tau...

Nuffnang

PEMBACA DIHORMATI

Sunday, April 28, 2013

Masa untuk bersihkan apa yang 'KOTOR'





"POLITIK??? memang tak campur la!!!" Inilah aku.. Selama ini aku tak pernak nak ambil tahu pasal politik ni.. Sape yang bertanding?.. Dari parti mana?.. Menefestor yang dibentangkan.. memang aku tak ambil peduli langsung dan tak pernah ada rasa nak tahu.. Bagi aku, dunia politik ni 'TERLALU KOTOR'.. Sebab itulah aku sengaja mengosongkan jiwa aku dari penipuan dunia politik yang keji ini.. Namun, selepas aku jumpa video ni, aku agak tertarik dan bagaikan ditarik minatku untuk mendalami dunia politik ni..



Video ni membuatkan aku terfikir sekiranya semua orang kat Malaysia ni macam aku (tak ambil peduli dunia politik), macam mana Malaysia nak maju.. Sampai bila lagi rakyat akan ditipu? Mata rakyat di tutup dengan kebendaan dan darjat.. Sampai bila lagi semua ini akan berleluasa?.. Masyarakat di luar sana (terutama golongan muda) 'Wake up' kita kana manfaatkan hak untuk bersuara kita dalam memilih pemimpin.. Kita jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung yang hanya mengikut aje.. Kita juga kena bangun dari mimpi dan kena ambil peduli pasal dunia politik ni (jangan jadi seperti katak bawah tempurung) agar kita dapat memilih pemimpin yang berwibawa.. :-)


Tunggu... Sebelum korang nak tinggalkan blog ni, try korang tengok video ni.. Jangan tengok kosong aje, tapi tengok dengan akal yang waras dan kata hati anda.. (Ada yang tersurat dan tersirat dalam video ni) Akhir kata dari saya, SELAMAT MENGUNDI!!!


Wednesday, April 24, 2013

Promo novel “1001 Alisya”





Hai semua.. Saya nak promo sikit la karya penulisan sulung sahabat saya iaitu Anis Tasnim. Novel ini diterbitkan oleh Fajar Pakeer Sdn. Bhd. Walaupun ini merupakan karya sulung beliau, tetapi beliau berjaya menghasilkan watak dan jalan cerita yang menarik. “Sekalong tahniah diucapkan kepada Anis Tasnim”. Sokongan yang diberikan terhadap penulis baru ini akan meningkatkan lagi mutu karya penulisan yang dihasiklan.  Oleh itu, sama-samalah kita memberi sokongan kepada penggiat karya muda seperti Anis Tasnim yang memberanikan diri untuk menceburi bidang penulisan ini. Diharap penulis-penulis yang berbakat diluar sana lebih bersemangat lagi untuk memperkembangkan karya mereka selepas ini. Sebelum itu, dibawah ini ada sinopsis bagi novel “1001 Alisya”.. So, jangan lupe beli ye… ;-)



Sinopsis: Cerita ini mengisahkan kehidupan Seorang kanak-kanak meningkat remaja yang bernama Alisya. Jika dihitung-hitung, Alisya mampu melakukan 1001 hal yang memeningkan kepala ibunya. Segala hal diambil mudah oleh Alisya. Apa yang penting saat itu, hanyalah bermain dan terus bermain. Adakah selama-lamanya Alisya akan terus begitu? Bolehkah Alisya berubah? Dapatkan buku ini bagi merungkai teka-teki yang timbul..  :-)

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...