ada CCTV tau...

Nuffnang

PEMBACA DIHORMATI

Monday, June 24, 2013

Status Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Keadaan jerebu makin teruk sekarang ni.. Dalam situasi sekarang ni, pelbagai penyakit menyerang.. Ini menyebabkan sistem kesihatan kita terganggu dan kehidupan kita juga turut terjejas.. Tapi.. Semasa perjalanan pulang dari kenduri di Muar semalam, Farid perhatikan masih ada lagi insan yang tiada kesedaran dengan keadaan alam sekitar kita sekarang ini.. Pembakaran secara terbuka masih dilakukan seperti tiada apa yang berlaku terhadap alam sekitar kita sejak akhir-akhir ini.. Farid betul-betul tak faham dengan sikap segelintir masyarakat kita yang terlalu memantingkan diri.. Setiap orang harus peka dengan keadaan persekitaran kita sekarang ini.. Jadilah insan yang perihatan terhadap alam sekitar dan janganlah kita burukkan lagi keadaan ini dengan membakar sampah secara terbuka.. Indeks Pencemran Udara (IPU) di Malaysia, menunjukkan pada tahap 'sangat tidak baik ' bagi sesetengah negeri. Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk dengan tindakan masyarakan yang pentingkan diri ini.. Farid sertakan 'link' bagi melihat status IPU pada hari ini (24/6/2013) [Klik sini]

Gambar ini Farid ambil masa balik dari Mydin

Mudah-mudahan jerebu ini cepat berakhir.. Bersama-samalah kita menjaga alam sekitar ini.. 

No comments:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...