ada CCTV tau...

Nuffnang

PEMBACA DIHORMATI

Wednesday, June 19, 2013

Mini Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua.. Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat hendaknya.. Baru-baru ini, Farid ada upload gambar mini muffin yang farid buat sendiri di instagram. Farid buat entry ni kerana kawan farid minta resepi mini muffin ini.. So, dah alang-alang nak berkongsi resepi, farid nak jugak la berkongsi resepi yang mudah ini dengan blogger yang lain.. Korang semua bolehlah mencuba resepi ini.. :-)




BAHAN-BAHAN:

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Gula halus (200 ml)
  • Air panas (50 ml)
  • Telur (3 biji) - Asingkan kuning dan putih telur
  • Essince Vanilla (1 sudu makan)
  • Susu pekat (1 sudu makan)
  • Minyak jagung (175 ml)
  • Tepung penaik (1/2 sudu teh)
  • Soda bicabonat (1/2 sudu teh)
  • Pewarna


CARA-CARA:

  1. Pukul gula bersama air panas sehingga gula menjadi cair
  2. Pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan dalam bekas gula yang sudah cair tadi.
  3. Pukul kuning telur sehingga kembang dan masukkan dalam bekas gula yang sudah cair + putih telur
  4. Kacau sehingga rata dan masukkan Essince vanilla + susu pekat + minyak jagung.
  5. Kacau lagi sehingga bahan semua sebati.
  6. Masukkan tepung dan kacau sebati.
  7. Asingkan acuan dalam mangkuk dan masukkan pewarna 
  8. Design ikut suka dalam bekas acuan (boleh juga nak letak chip chocolate, buah ceri, dll)
  9. Bakar pada suhu 160'C selama 15 minit (bergantung saiz muffin)
  10. Sedia di hidang.


Mudah ajekan resepinye? So, boleh la buat hujung minggu ni.. Hasilnya juga taklah mengecewakan.. Sekali buat pasti menjadi.. Resepi ni pon Farid dapat dari sepupu (Sis Liza). Ingat nak buat mini muffin ni masa raya tahun ni.. hehehe Semoga kita berjumpa lagi di entry akan datang.. Bye dan selamat mencuba ye...

No comments:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...