Assalamualaikom dan selamat sejahtera pada pembaca semua.. Sebelum mulakan entry ni, Farid nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang sudah menamatkan pengajian dalam bidang yang diminati.. Lepas sekian lama mentelaah pelajaran, kini anda akan melangkah pula ke alam pekerjaan.. Sebab itu Farid buat entry ni untuk bantu semua supaya lebih bersedia untuk ditemuduga.. Inilah tips yang boleh membantu anda:
Tips 1 : Tidur awal
Tidurlah awal pada malam sebelum menghadiri temuduga. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.
Tidurlah awal pada malam sebelum menghadiri temuduga. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.
Tips 2 : Bangun awal
Kalau dah tidur awal, pasti bangunnya juga awal. Tapi bagi yang payah bangun awal, cuba juga untuk bangun seawal mungkin pada pagi hari temuduga. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 raakat. Solat sunat apa-apa pun boleh. Sunat taubat ker, sunat hajat ker, atau sunat tahajjud pun boleh dilakukan. Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan.
Tips 3 : Baca surah Yaasin
Surah Yaasin adalah ‘surah yang memudahkan’. Sebab itu kalau orang sakit tenat digalakkan untuk kita baca surah Yaasin supaya kalau ajal nya sudah sampai, maka mudahlah roh nya untuk keluar dari jasad. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan. Jadi, peruntukkan sedikit masa untuk baca surah Yaasin, setidak-tidaknya pada hari kita nak menduduki temuduga. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita.
Tips 4 : Telefon ibu bapa
Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu bapa kita sebelum menduduki temuduga. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita. InsyaAllah, dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita.
Tips 5 : Datang awal ke tempat temuduga
Pastikan diri kita tiba di tempat temuduga setidak-tidaknya 15 minit lebih awal dari masa temuduga bermula. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat.
Tips 6 : Senyum dan Sapa
Kalau anda sampai awal di tempat temuduga, cubalah untuk bertegur sapa dengan calon-calon lain. Macam mana nak bertegur sapa ? Mudah saja caranya, anda lontarkan senyuman, beri salam dan hulur tangan untuk bersalaman. Kemudian, perkenalkan diri dan tanya nama dia, dari mana dia datang dan apa-apa sajalah.
Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan atau kerisauan kita pada sesi temuduga yang bakal diduduki. Dengan menegur calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa lebih berkeyakinan.
Tips 7 : Baca selawat kalau ada soalan yang sukar
Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, tarik nafas untuk melancarkan pengaliran Oxygen ke dalam otak. Dengan ini, otak akan lebih mudah untuk berfikir bagi memberikan jawapan pada soalan yang diberikan. Jawablah dengan sebaik mungkin.
Tips 8 : Ucap Alhamdulillah dan bertawakal kepada Allah
Selepas tamat sesi temuduga, Ucapkanlah Alhamdulillah dan bertawakal lah kepada Allah. Yakin dan bersangka baik lah dengan Allah bahawa Allah akan memberikan kejayaan pada kita berkadar dengan usaha yang kita telah lakukan.
Tips 9 : Muhasabah diri
Selepas melangkah keluar dari bilik penemuduga, muhasabah lah diri. Catatkan kelemahan-kelemahan atau kekurangan-kekurangan yang anda telah lakukan semasa menghadapi temuduga. Catatan ini penting supaya anda tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan dan anda akan dapat mempertingkatkannya pada masa-masa yang akan datang.
Tips 10 : Jangan sesekali anda
1.Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan.
2.Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.
3.Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.
4.Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda.
5.Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal.
6.Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda.
Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga memandang rendah dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.
Sekian, begitulah 10 tips bagaimana untuk menghadapi seisi temuduga dengan tenang. Kepada yang bakal menduduki temuduga, cubalah amalkan tips-tips ini setakat yang termampu. Saya percaya, anda juga akan merasai kebaikannya, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment