ada CCTV tau...

Nuffnang

PEMBACA DIHORMATI

Wednesday, June 26, 2013

Hidangan Sehangat Bintang!!

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca yang dikasihi.. Alhamdulillah, berakhir juga debaran yang melanda Farid bermula 20 April lalu.. Namun farid sangat pasti yang pecinta masakan dan peminat selebriti turut menghembuskan nafas lega malam tadi..hehehe... Program realiti yang mempunyai 40 episod ini telah melabuhkan tirainya malam tadi.. Program ini melibatkan 19 selebriti terkenal tanah air yang mempunyai bakat dalam masakan.. Selebriti yang terlibat ialah Keroz Nazri, Afiq Muiz, Yassin Yahya, Radhi OAG, Sathiya, Sabhi Sadhi, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Enot, Syanie Hisham, Lydiawati, Cat Farish, Norish Karman, Kenchana Devi, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syura, dan Celina Khor.. Kesemua selebriti ini akan berentap di dapur Master Chef bagi mengumpul wang untuk didermakan kepada badan kebajikan yang diwakili.. 



Trofi ini yang akan menukarkan karear selebriti yang menyertai program ini.. Semuanya telah terjawab malam tadi dengan pengunguman nama pemilik trofi ini.. Syura ataupun nama sebenarnya ialah Zuraidah Badron telah dinobatkan sebagai pemenang dalam Masterchef Selebriti 2.. 

Syura yang mewakili badan kebajikan Brest CancerWelfare Association of Federal Territory telah berjaya mengumpul sebanyak RM60,500 untuk didermakan kepada badan kebajikan tersebut.. Manakala, hadiah tajaan daripada Malaysia Airlines buat Syura pula ialah tiket penerbangan pergi dan balik ke Paris dengan menaiki pesawat perniagaan.. (Wow... bertuahnye.. )

Semua yang diperoleh adalah setimpal dengan cabaran yang telah dilaluinya selama ini.. Begitu juga cabaran akhir yang begitu mencabar pada pandangan farid.. Syura dan Celina bersaing untuk mencipta menu untuk sembilan orang VVIP kelas pertama dalam sebuah penerbangan MAS. Dalam cabaran tersebut, masing-masing dikehendaki membuat sejenis pembuka selera, sajian utama, dan pencuci mulut. (Wow.. mencabarkan??) 
Akhirnya Syura berjaya menewaskan Celina Khor apabila menu bertemakan 'Sajian Sehangat Bintang' ciptaannya berjaya memikat hati juri.. Tahniah buat Chef Selebriti(syura) kita yang bakal mengikut jejek langkah Dr.Fazley (juara Masterchef selebriti 1) dalam mempromosikan dan menyinari dunia kulinari..

Monday, June 24, 2013

Status Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Keadaan jerebu makin teruk sekarang ni.. Dalam situasi sekarang ni, pelbagai penyakit menyerang.. Ini menyebabkan sistem kesihatan kita terganggu dan kehidupan kita juga turut terjejas.. Tapi.. Semasa perjalanan pulang dari kenduri di Muar semalam, Farid perhatikan masih ada lagi insan yang tiada kesedaran dengan keadaan alam sekitar kita sekarang ini.. Pembakaran secara terbuka masih dilakukan seperti tiada apa yang berlaku terhadap alam sekitar kita sejak akhir-akhir ini.. Farid betul-betul tak faham dengan sikap segelintir masyarakat kita yang terlalu memantingkan diri.. Setiap orang harus peka dengan keadaan persekitaran kita sekarang ini.. Jadilah insan yang perihatan terhadap alam sekitar dan janganlah kita burukkan lagi keadaan ini dengan membakar sampah secara terbuka.. Indeks Pencemran Udara (IPU) di Malaysia, menunjukkan pada tahap 'sangat tidak baik ' bagi sesetengah negeri. Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk dengan tindakan masyarakan yang pentingkan diri ini.. Farid sertakan 'link' bagi melihat status IPU pada hari ini (24/6/2013) [Klik sini]

Gambar ini Farid ambil masa balik dari Mydin

Mudah-mudahan jerebu ini cepat berakhir.. Bersama-samalah kita menjaga alam sekitar ini.. 

Wednesday, June 19, 2013

Mini Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua.. Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat hendaknya.. Baru-baru ini, Farid ada upload gambar mini muffin yang farid buat sendiri di instagram. Farid buat entry ni kerana kawan farid minta resepi mini muffin ini.. So, dah alang-alang nak berkongsi resepi, farid nak jugak la berkongsi resepi yang mudah ini dengan blogger yang lain.. Korang semua bolehlah mencuba resepi ini.. :-)




BAHAN-BAHAN:

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Gula halus (200 ml)
  • Air panas (50 ml)
  • Telur (3 biji) - Asingkan kuning dan putih telur
  • Essince Vanilla (1 sudu makan)
  • Susu pekat (1 sudu makan)
  • Minyak jagung (175 ml)
  • Tepung penaik (1/2 sudu teh)
  • Soda bicabonat (1/2 sudu teh)
  • Pewarna


CARA-CARA:

  1. Pukul gula bersama air panas sehingga gula menjadi cair
  2. Pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan dalam bekas gula yang sudah cair tadi.
  3. Pukul kuning telur sehingga kembang dan masukkan dalam bekas gula yang sudah cair + putih telur
  4. Kacau sehingga rata dan masukkan Essince vanilla + susu pekat + minyak jagung.
  5. Kacau lagi sehingga bahan semua sebati.
  6. Masukkan tepung dan kacau sebati.
  7. Asingkan acuan dalam mangkuk dan masukkan pewarna 
  8. Design ikut suka dalam bekas acuan (boleh juga nak letak chip chocolate, buah ceri, dll)
  9. Bakar pada suhu 160'C selama 15 minit (bergantung saiz muffin)
  10. Sedia di hidang.


Mudah ajekan resepinye? So, boleh la buat hujung minggu ni.. Hasilnya juga taklah mengecewakan.. Sekali buat pasti menjadi.. Resepi ni pon Farid dapat dari sepupu (Sis Liza). Ingat nak buat mini muffin ni masa raya tahun ni.. hehehe Semoga kita berjumpa lagi di entry akan datang.. Bye dan selamat mencuba ye...

Wednesday, June 12, 2013

Tips Menghadiri Temuduga



Assalamualaikom dan selamat sejahtera pada pembaca semua.. Sebelum mulakan entry ni, Farid nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang sudah menamatkan pengajian dalam bidang yang diminati.. Lepas sekian lama mentelaah pelajaran, kini anda akan melangkah pula ke alam pekerjaan.. Sebab itu Farid buat entry ni untuk bantu semua supaya lebih bersedia untuk ditemuduga.. Inilah tips yang boleh membantu anda:

Tips 1 :  Tidur awal

Tidurlah awal pada malam sebelum menghadiri temuduga. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.

Tips 2 : Bangun awal
Kalau dah tidur awal, pasti bangunnya juga awal. Tapi bagi yang payah bangun awal, cuba juga untuk bangun seawal mungkin pada pagi hari temuduga. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 raakat. Solat sunat apa-apa pun boleh. Sunat taubat ker, sunat hajat ker, atau sunat tahajjud pun boleh dilakukan. Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan.

Tips 3 : Baca surah Yaasin
Surah Yaasin adalah ‘surah yang memudahkan’. Sebab itu kalau orang sakit tenat digalakkan untuk kita baca surah Yaasin supaya kalau ajal nya sudah sampai, maka mudahlah roh nya untuk keluar dari jasad. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan. Jadi, peruntukkan sedikit masa untuk baca surah Yaasin, setidak-tidaknya pada hari kita nak menduduki temuduga. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita.

Tips 4 : Telefon ibu bapa
Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu bapa kita sebelum menduduki temuduga. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita. InsyaAllah, dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita.

Tips 5 : Datang awal ke tempat temuduga
Pastikan diri kita tiba di tempat temuduga setidak-tidaknya 15 minit lebih awal dari masa temuduga bermula. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat. 

Tips 6 : Senyum dan Sapa
Kalau anda sampai awal di tempat temuduga, cubalah untuk bertegur sapa dengan calon-calon lain. Macam mana nak bertegur sapa ? Mudah saja caranya, anda lontarkan senyuman, beri salam dan hulur tangan untuk bersalaman. Kemudian, perkenalkan diri dan tanya nama dia, dari mana dia datang dan apa-apa sajalah.
Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan atau kerisauan kita pada sesi temuduga yang bakal diduduki. Dengan menegur calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa lebih berkeyakinan.

Tips 7 : Baca selawat kalau ada soalan yang sukar
Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, tarik nafas untuk melancarkan pengaliran Oxygen ke dalam otak. Dengan ini, otak akan lebih mudah untuk berfikir bagi memberikan jawapan pada soalan yang diberikan. Jawablah dengan sebaik mungkin.

Tips 8 : Ucap Alhamdulillah dan bertawakal kepada Allah
Selepas tamat sesi temuduga, Ucapkanlah Alhamdulillah dan bertawakal lah kepada Allah. Yakin dan bersangka baik lah dengan Allah bahawa Allah akan memberikan kejayaan pada kita berkadar dengan usaha yang kita telah lakukan.

Tips 9 : Muhasabah diri
Selepas melangkah keluar dari bilik penemuduga, muhasabah lah diri. Catatkan kelemahan-kelemahan atau kekurangan-kekurangan yang anda telah lakukan semasa menghadapi temuduga. Catatan ini penting supaya anda tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan dan anda akan dapat mempertingkatkannya pada masa-masa yang akan datang.

Tips 10 : Jangan sesekali anda
1.Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan.
2.Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.
3.Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.
4.Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda.
5.Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal.
6.Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda.
 Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga memandang rendah dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

Sekian, begitulah 10 tips bagaimana untuk menghadapi seisi temuduga dengan tenang. Kepada yang bakal menduduki temuduga, cubalah amalkan tips-tips ini setakat yang termampu. Saya percaya, anda juga akan merasai kebaikannya, insyaAllah.

Wednesday, June 5, 2013

Segmen: Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K

Haaa.. sedang mencari idea untuk entry kali ini, tetiba jumpa segmen ni.. Wow.. lihat pada tajuk sendiri dah menarik minat (terutama blogger baru macam aku yang belum ramai follower lagi..huhuhu).. So, bagi blogger yang nak tambah follower sedia ada tu, ape kata joint segmen ni..



Nak joint?? Jom CLICK banner (gambar) kat bawah ni:




Sertailah selagi belum terlambat.. (tarikh tutup 30/06/2013)

Buat masa ini, follower farid baru aje ada 21... :-(

Hope dengan adanye segmen ni, bertambahlah bilanagn follower farid ni.. :-)

Monday, June 3, 2013

Wabak yang menghancurkan generasi akan datang!!!

Tiiiiddddaaaakkkkkkk!!!! korang tau tak yang kita telah diserang wabak paling bahaya?? Ha.. mesti korang cakap taktahu kan?? sebenarnye korang tau laa..... serangan ini yang menyebabkan kita lalai dan mula leka.. Wabak ini mula penyerang semua peringkat golongan masarakat... Tak kira usia.. samada muda, tua, mahupon kanak-kanak.. Ia sebenarnya bukan sahaja menyerang negara kita ni, tapi menyerang seluruh dunia.. Bukak la mata korang besar-besar (jangan besar sangat, nanti tercabut pulak anak mata tu...heheehe)  lihat sekeliling korang.. Ada tak nada suara yang terdapat perkataan 'Gwiyomi'... Haaa.. itulah wabak yang sedang melanda kita sekarang ni.. Ia telah mula mempengaruhi semua di sekeliling kita ni.. korang nak contoh?? cuba korang bukak youtube dan 'type' gwiyomi.. Semua peringkat usia ada kat sana utk mempersembahkan tarian gwiyomi yang mengarot tu.. Yang paling bahaya tu, golongan artis juga turut diserang wabak tularan ini... (Ni dah parah ni...) Pada mulanya memang seronok.. tapi sebenarnya keseronokan itu yang akan menghancurkan generasi muda yang akan datang..

Tak percaya?? cuba korang tengok lirik dia yang pelik ni:

1 plus 1 equals Gwiyomi
2 plus 2 equals Gwiyomi
3 plus 3 equals Gwiyomi
4 plus 4 equals Gwiyomi too
5 plus 5 equals Gwiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Gwiyomi
I’m Gwiyomi


Eeemmm.. Ni la potongan daripada liriknye.. Aku sendiri bila tengok lirik ni rasa nak marah je... Sape la cikgu diaorang yang ajar semua ni ye?? Pandai sangat cikgu ni.. Belajar kat 'U' mana ea??Korang ingat ini sesuatu yang baik ke untuk budak yang baru nak belajar?? (haaa.. tau pon 'tak') habistu, yang korang sokong bebudak ni buat video mengarot dan ajar sesuatu yang salah tu kenape?? Kita yang akan mencorakkan generasi yang akan datang.. Macam mana nak tangani masalah ni?? Eeemmm.. Setiap wabak pasti ada penawarnya.. betul tak??

So, marilah kita ubah lirik mengarut tu dengan yang bermanfaat sikit... Cuba tengok video ni:


Ni ha nak tunjuk lirik dia yang baru ni... hehehe


Syok wo ngaji dari melayan “We Chat” oh!
Disayang ummi abah, juga disayang Allah
Oppah dah pesan kalau khatam Quran
Akan dibelikan tora, dendang juga kasut roda
Kalau tak pandai ngaji nanti camana mau ‘nikah’?
            >NiKaH
Kena ajari isteri dan anak lepas ‘nikah’
            >NiKaH
Betulkan sebutan dan tajwid mereka
Barulah swiiiit tanpa diabetes


Listen up! Listes up! Oh...

Sapa mau comel? Gi ngaji!
Mau disayang Allah? Gi ngaji!
Mau dicinta Nabi?  Gi ngaji! Gi ngaji! Gi gi gi ngaji!
Mau jadi kiut? Gi ngaji!
Mau masuk syurga? Gi ngaji!
Mau dicium umi abi? Gi ngaji!
Yeaaahhhhhhhhhhh!!!!!!


Haaa... cam ni kan  best... sambil berseronok, kita berdakwah... lagu ni pon boleh digunakan untuk guru-guru yang mengajar sekolah tadika jugak.. Bersama-samalah kita membentuk generasi yang berjaya.... :-)

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...