ada CCTV tau...

Nuffnang

PEMBACA DIHORMATI

Thursday, May 23, 2013

Kaya dengan pelbagai vitamin untuk kesihatan

Tengok pada tajuk, apa yang terlintas pada fikiran kamu semua?? Pasti anda semua dah dapat mengagak ape yang saya karang pada penulisan pada kali ini kan..  Remaja zaman sekarang sudah mementingkan kesihatan.. (Eeemm.. Satu kesedaran yang baik ni). Berbalik pada tajuk, apa yang terlintas pada buah fikiran kamu semua dengan perkataan "KAYA" pula?? Siapa yang tidak mahu jika di beri peluang untuk menjadi kaya.. Betul tak?? hehehe.. Tapi, sedarkah anda baru sahaja mengalami kerugian yang terbesar sekiranya anda tidak mengambil buah-buahan dalam makanan harian?? Eeemm.. pasti anda semua berasa hairan.. Ni haa nak habaq mai kat kamu semua betapa kayanya buah-buahan ini:



Buah merupakan sumber utama membekalkan vitamin, mineral, serat, dan antioksidan yang penting untuk kesihatan. (Ni lah maksud "KAYA" tu) Serat misalnya, dapat mengurangkan masalah sembelit, manakala vitamin dan mineral membantu mencegah penyakit. Antioksidan pula melambatkan proses penuaan dan pelbagai khasiat. Betik, tembikai dan pisang adalah antara buah yang senang didapati dan paling penting, ketiga-tiganya ada kebaikan tersendiri tau..




BETIK

Kaya dengan vitamin A, kalsium dan mengandungi kandungan enzim papain untuk memecahkan protein serta digunakan bagi melembutkan daging. Betik juga membantu memudahkan penghadaman.
Betik mengandungi kalium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin. Jumlah kalorinya juga sangat rendah. Betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mengandungi serat yang tinggi. Cukup sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit.






TEMBIKAI


Mengandungi kadar kalori yang sangat rendah. Kaya dengan kalsium, karbohidrat, lemak, zat besi, magnesium, fosforus, potasium, protein, sodium, dan gula. Untuk pengetahuan anda, kandunga potasium dalam tembikai membantu masalah tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan batu karang  tau.
Malah dapat meredakan simptom osteoartris, selain kaya bahan anti oksidan yang dapat mengelakkan serangan kanser dan penyakit jantung. Tembikai dikatakan dapat mengatasi masalah penglihatan tidak jelas pada waktu malam. So, banyak-banyak la makan tembikai ye...








PISANG

Ia boleh dimanfaatkan dari kulit hingga isinya. Ia juga kaya dengan vitamin, galian, gula yang menyihatkan dan karbohidrat untuk tenaga, selain rasa enak. Pisang mengandungi vitamin C dan ia bukan sahaja membantu sisten imunisasi, malah menggalakkan kulit sihat dan menawan.
Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk merawat kecantikan terutama bagi menegang, melembabkan kulit muka dan menjadikan wajah lebih berseri.
Tahukah anda bahawa pisang boleh buatkan anda gembira?? Protein dalam pisang dikenali sebagai trptofan ditukar kepada serotonin. Serotonin ini merupakan sejenis bahan yang mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan ragam diri secara keseluruhannya dan membuatkan anda gembira. Jika rasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang sambil rasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.. So, jom makan pisang tatkala dalam keadaan kecewa.. Hope semua info ini berguna untuk anda semua.. Semoga berjumpa lagi di terbitan akan datang.. Bye.. :-)

1 comment:

Back Biller said...

unable to walk as far as they could 12 months ago or avoid activities that can increase symptoms of shortness of breath, chest pain and dizziness or syncope. This may often be confused with the ageing process, but is not considered a normal process of getting older. Signs of Heart Disease Australia

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...