ada CCTV tau...

Nuffnang

PEMBACA DIHORMATI

Monday, May 27, 2013

"Cake Pelangi Kasih"

Hai... Sape yang suka buat cake? angkat tangan cepat... hahaha... memandangkan aku ni minat jugak buat pastry, nak jugak la aku kongsi resepi kegembiraan bersama korang semua.. Tapi sebelum tu, aku nak berterima kasih pada Maklong yang sudi berkongsi resepi ni dengan aku.. (sebenarnye aku belajar jarak jauh tau dengan maklong ni..hehehe) Ilmu yang kita ada, kalau tak dikongsikan pasti akan hilang pada suatu hari nanti.. Betul tak?? So, aku nak kongsi dengan korang semua resepi ni.. Mana tau masa aku kawin nanti, ada orang yang sudi buat cake ni untuk aku pulak... hehehe (harapan ni tau..)hehehe :-)



Ni la hasilnye.. kalau dah potong.. Cantikkan??huhuhu 
(Ni la orang malas nak susun lepas potong..hehehe)




Bahan yang diperlukan:
  • Gula (2 cawan)
  • Butter (500g)   / kalau nak guna planta pon boleh (2 cawan)
  • Tepung cake (3 cawan)
  • Telur (6 biji)
  • Aisin vanila 
  • Pewarna


Cara-cara nak buat pulak:

  1. Pukul butter/planta dengan gula sehingga kembang (lebih kurang 30minit)
  2. Masukkan telur satu persatu (pastikan betul-betul kembang tau)
  3. masukkan aisin vanila
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
  5. Asingkan adunan kepada 3 bekas (Ini sebab saya guna 3 warna aje)
  6. Letakkan pewarna pada adunan yang diasingkan dan sebatikan
  7. Masukkan adunan dalam loyang (Kalau tak muat, buat 2 loyang)
  8. Bakar pada suhu 160'C selama 1jam (kalau muat satu loyang) (kalau buat 2 loyang, bakar suhu 160'C selama 50minit)


Haaaa!!! ni la resepinye.. mudah je kan?? ape tunggu lagi, jom pergi shopping (beli bahan) dan buat cake yang sedap ni... Kalau dah try resepi ni, bagi la maklum balas ye.. (jadi atau tidak kena bagi tau jugak yee) Ok la.. Good luck pada semua.. Semoga bersua kemudian dengan resepi yang lain pulak.. hehehe (macam rancangan kanak-kanak pulak) Byeee..... :-)
Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...