ada CCTV tau...

Nuffnang

PEMBACA DIHORMATI

Wednesday, April 24, 2013

Promo novel “1001 Alisya”





Hai semua.. Saya nak promo sikit la karya penulisan sulung sahabat saya iaitu Anis Tasnim. Novel ini diterbitkan oleh Fajar Pakeer Sdn. Bhd. Walaupun ini merupakan karya sulung beliau, tetapi beliau berjaya menghasilkan watak dan jalan cerita yang menarik. “Sekalong tahniah diucapkan kepada Anis Tasnim”. Sokongan yang diberikan terhadap penulis baru ini akan meningkatkan lagi mutu karya penulisan yang dihasiklan.  Oleh itu, sama-samalah kita memberi sokongan kepada penggiat karya muda seperti Anis Tasnim yang memberanikan diri untuk menceburi bidang penulisan ini. Diharap penulis-penulis yang berbakat diluar sana lebih bersemangat lagi untuk memperkembangkan karya mereka selepas ini. Sebelum itu, dibawah ini ada sinopsis bagi novel “1001 Alisya”.. So, jangan lupe beli ye… ;-)



Sinopsis: Cerita ini mengisahkan kehidupan Seorang kanak-kanak meningkat remaja yang bernama Alisya. Jika dihitung-hitung, Alisya mampu melakukan 1001 hal yang memeningkan kepala ibunya. Segala hal diambil mudah oleh Alisya. Apa yang penting saat itu, hanyalah bermain dan terus bermain. Adakah selama-lamanya Alisya akan terus begitu? Bolehkah Alisya berubah? Dapatkan buku ini bagi merungkai teka-teki yang timbul..  :-)

No comments:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...