ada CCTV tau...

Nuffnang

PEMBACA DIHORMATI

Wednesday, November 21, 2012

Oh! anak Ke-3

Setiap ibu bapa pasti sudah memahami kerenah anak mereka.. Setiap orang anak mempunyai kerenah yang berbeza. Antara korang semua ni, siapa anak ke-3? angkat tangan!!hehe



 Memandangkan aku anak ke-3, aku nak kongsi la kat korang ciri-ciri anak ketiga ini. Jom kita selidik ciri anak ketiga ni:

CIRI ANAK KE-3



  • YAKIN DIRI
Sesetengah pendapat memberikan ciri-ciri anak ketiga sebagai seorang yang yakin diri walaupun jika dilihat pada fizikalnya, korang macam tak mampu, tapi kredibiliti korang adalah sebaliknya. Korang mudah bergaul dengan siapa sahaja dan korang tampil yakin dengan diri korang. Pembawakan diri korang amat disenangi kawan-kawan.

  • SUKAR BERTOLAK ANSUR
Mungkin dipengaruhi oleh persaingan antara adik beradik, korang dikatakan paling sukar untuk bertolak ansur. Korang tak mudah mengalah dan kadang kala sikap keras kepala boleh terbawak sama. Dalam sesebuah perbincangan, korang akan mempertahankan hujah korang dan kadang kala boleh menyebabkan orang lain terasa hati.

  • MUDAH KASIHAN
Sikap anak nombor tiga adalah kaya dengan pemurah dan perasaan kasih sayang. Korang sangat mudah dipengaruhi oleh perasaan ini dan kadang kala sikap mudah kasihan korang menyebabkan korang mudah terpedaya. Jadi, hati-hatilah yer!

  • BOLEH MENYERLAH TAPI MENYEMBUNYIKANNYA
Melihat kepada potensi, korang boleh menjadi seorang yang sangat menyerlah. Tapi disebabkan sikap pemalu korang, adakalanya korang hanya berdiam diri dan melepaskan peluang yang ada. Korang perlu bijak untuk memilih platform untuk menyerlah kerana platform korang boleh membantu korang untuk lebih berjaya.

  • SIKAP MALAS DAN MANJA
Anak ketiga dikategorikan sebagai seorang yang manja sehingga kadang kala membawa kepada malas. Korang perlu di'push' oleh sesorang atau sesuatu untuk korang terus ke hadapan. Sedangkan potensi diri korang sememangnya ada. Malahan kadang-kadang sikap malas korang ni boleh membawa kepada kejatuhan diri sendiri.

  • TIDAK SUKA MENIMBULKAN MASALAH
Korang sangat optimis dalam menangani masalah. Sering melihat masalah dalam sudut yang positif dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Korang juga akancuba membantu seberapa yang korang boleh dan akan menyenangkan orang lain seadanya. Sikap korang ni sangat disenangi kawan-kawan. Sebab tulah korang ada ramai kawan!


Haa.. ape pendapat korang tentang anak ketiga ni?? Anak ketiga ni merupakan anak tengah kalau adik-beradik ada lima orang.. So, anak tengah ini untuk anda:


KARAKTER ANAK TENGAH

- lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain.
- gemar membuat hal sendiri.
- Seringkali terasa terpinggir. 
- cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

CIRI-CIRI ANAK TENGAH

- lebih berdikari.
- lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
- suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
- terlalu mengalah


Ada tak semua ciri-ciri ni kat diri korang semua?? Yang baik tu ambil la buat panduan, tapi yang buruk tu jadikan sempadan. Ini hanya pendapat aje, yang pasti "Kita yang menentukan siapa diri kita". Semoga anda semua berjaya di luar sana.. ^_^

Monday, November 19, 2012

Cake Marble

Hai semua.. Apa khabar? sihat? Ha, memandangkan sesi persekolahan bagi tahun 2012 sudah berakhir, apa kata anda mengambil peluang yang berharga ini untuk bersama keluarga tercinta. Kebiasaannya, bagi ibu bapa yang bekerjaya (spt famly aku) kurang mempunyai masa berkualiti bersama keluarga. "Masa berkualiti" bermaksud kelapangan masa bersama keluarga tanpa diganggu urusan kerja. Mengisi masa berkualiti bersama keluarga bukan sahaja dengan bersiar-siar atau makan angin bersama keluarga, tetapi di rumah juga anda boleh manfaatkannya bersama. Sebagai contoh, dihujung minggu anda boleh mengajak anak-anak turut serta untuk membantu di dapur. (macam aku dgn mama) So, apa kata hujung minggu ini anda cuba resepi cake marble ni bersama keluarga anda :-)



Bahan-bahan:

  • Butter 250g (satu buku)
  • Telur (6 biji)
  • Gula halus (satu cawan)
  • Tepung naik sendiri (1 3/4 caawan)
  • Baking powder (1 sudu teh)
  • Aisin vanila (1 sudu teh)
  • Susu pekat (1 sudu makan)
  • Serbuk koko (ikut suka nak pekat mana)
  • Coklat rice (taknak letak pon boleh)


Cara-cara:

  1. Pukul butter dan gula (sehingga putih)
  2. Masukkan telur satu per satu (pukul sampai kembang)
  3. Masukkan tepung naik sendiri (sikit-sikit)
  4. Masukkan baking powder
  5. Masukkan aisin vanila
  6. Masukkan susu pekat
  7. Masukkan coklat rice
  8. Asingkan bahan tadi menjadi 2 bekas
  9. Masukkan serbuk koko dalam salah satu bekas tadi
  10. Masukkan bahan yang dicampur serbuk koko ke dalam loyang
  11. Masukkan bahan satu lagi ke dalam loyang yang sama (jadi macam 2 lapis)
  12. Bakar pada suhu 170'C selama 30 minit.
  13. Sedia dihidang.


                             Haaa!! Inilah hasilnya.... (puas hati bila dah siap)

"Selamat mencuba resepi yang ringkas ini.!! " Sedang sibuk mengharungi urusan kerja, tidak terjangka apa yang akan berlaku esok. Hargai masa yang ada ini dengan sebaiknya. ;-)

#Ikhlas dari Adudu!

Tuesday, November 6, 2012

SEGMEN: 6 Perkara Tentang Aku...


Hye semua.. Aku baru sahaja menyertai Segmen "6 perkara tentang diri aku".. Aku sebenarnya dipertemukan dengan segmen ini oleh Miss Yu Kie.. Aku berterima kasih sangat kepada beliau kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada aku untuk menghasilkan blog aku ini.. Dalam segmen ini, aku akan menceritakan sedikit sebanyak yang berkaitan diri aku.. Disini juga aku sertakan banner yang merupakan syarat untuk menyertai segmen ini (aku ambil dari blog Kina):


                                                                     Banner segmen

6 Perkara Tentang Aku

  1. Aku merupakan insan yang tergolong dalam kumpulan darah B Rh(D) Positif. Oleh itu, darah aku hanya dapat di dermakan kepada orang yang mempunyai darah B Rh(D) positif, dan darah AB Rh(D) positif. Manakala,Aku boleh menerima darah daripada Orang yang berdarah B Rh(D) positif, Darah B Rh(D) Negatif, Darah O Rh(D) positif, dan Darah O Rh(D) Negatif. Aku juga merupakan seorang yang penyabar, penyayang, juga seorang yang pendiam (itupun kalau aku bersama dengan orang yang aku tidak kenal).
  2. Semasa dibangku sekolah, aku pasti akan meletakkan cita-cita utama aku adalah untuk menjadi seorang Doktor apabila ditanya. Pada aku, Doktor itu merupakan orang yang paling penyabar dan mulia sekali kerjanya pada pandangan aku.(sebab memang jelas tugasnya merawat pesakit walaupun diherdik atau dimaki oleh pesakit semasa beliau menjalankan tugas)[Eg: kalau pesakit tidak dapat di selamatkan walaupun beliau telah cuba sedaya upaya untuk membantu, bagi ahli keluarga yang tidak dapat terima kenyataan, pasti akan meletakkan kesalahan pada insan yang bergelar Doktor.] Memang besar tanggungjawab yang di pikul oleh beliau. Sebab itulah, aku pandang tinggi sangat kepada orang yang bergelar Doktor.
  3. Aku menceburi aktiviti membaca novel ini semasa di sekolah menengah, aku mula membaca novel yang ada di rumah (semata-mata untuk meningkatkan mutu penulisan semasa peperiksaan) Alhamdulillah, aku tamat pengajian dengan memperoleh keputusan yang cemerlang bagi penulisan. Aku semakin berminat dengan bidang penulisan ini sehingga aku menanam impian untuk menghasilkan karya penulisan aku sendiri suatu hari nanti (Novelis).
  4. Zaman sekarang, bukan sesuatu yang janggal lagi bagi seorang lelaki bekerja di dapur. Sebagai contoh, nama yang tidak asing lagi dalam bidang kulinari iaitu Chef Wan, Chef Norman Musa, dan ramai lagi. Zaman sekarang, gelaran Chef bukan lagi tergolong pada kaum wanita, malah kaum adam juga mula bersaing untuk mendapatkan tempat dan gelaran tersebut. Aku memang suka memasak. Memang sejak kecil lagi aku suka membantu mak aku di dapur. Namun, tak semua jenis hidangan aku boleh lakukan. Aku hanya berminat terhadap pembuatan "pastry" sahaja. Ini kerana, aku mempunyai impian untuk menubuhkan kedai "pastry"  yang akan aku jadikan sebagai bisnes keluarga. Idola aku dalam bidang kulinari ini ialah Chef Liza (sebab beliau pakar dalam bembuatan pastry) dan Chef Norman Musa (kerana beliau mempunyai restoran sendiri di UK).
  5. Aku memang teringin sangat mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.(kalau boleh nak jadi doktor pakar) Buat masa ini, aku hanya menetapkan 4 negara yang antara menjadi pilihan untuk aku melanjutkan pelajaran. Antara negaranya ialah Korea, Jepun, London, dan India utara. Aku berharap supaya suatu hari nanti, aku dapat melanjutkan pelajaran diantara salah sebuah negara tersebut.
  6. Seperti mana insan lain, aku juga mempunyai perancangan perkahwinan yang aku idamkan. Aku begitu tertarik dengan pertemuan kedua mempelai Irma Hasmie dengan Redza Shah Azmeer. Mereka dipertemukan jodoh di tanah suci semasa mengarjakan Umrah. Memang itulah pertemuan jodoh yang indah sangat bagi aku. Namun, bak kata pepatah " kita hanya merancang, Tuhan yang menentukannya". So, kita hanya perlu menadah tangan agar dipertemukan jodoh yang diredhai-Nya. Konsep perkahwinan pula, aku mahukan konsep tamn. ( jauhnye fikir... Matila nak kumpul duit).


Ha, itulah sedikit sebanyak perkara tentang aku. Kata orang, "tak kenal maka tak cinta". So, sampai disini ajalah aku dapat menceritakan tentang diri aku. Sebelum aku melabuhkan tirai untuk penulisan aku hari ini, aku nak ajak kau orang joint segment ni<..........>



Friday, November 2, 2012

PERSEDIAAN PERKAHWINAN YANG WAJIB DIKETAHUI




Biasalah menghampiri hujung tahun ni, pasti ramai yang akan mendapat kad jemputan kahwin.. Betul tak? Memang sudah menjadi kebiasaan bila tiba cuti sekolah, berebut-rebut orang yang ingin menamatkan zaman bujangnya.. Kata orang tua-tua, "perkara yang baik, jangan dilengah-lengahkan". Tapi, bagi yang belum sampai seru untuk mendirikan rumah tangga tu jangan risau, anda pasti akan melaluinya juga suatu hari nanti. So, apa kata kita ambil "mood" dulu dengan mengambil tahu persediaan perkahwinan yang wajib diketahui bagi orang melayu:


1. Memilih jodoh
Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya serta suami masing-masing seperti yang diterangkan sebelum ini.


2. Memilih bakal isteri
Sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai bagi mereka. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan yang telah diberikan oleh Nabi S.A.W. iaitu mementingkan faktor agama selain daripada keturunan, harta dan kecantikan.

3. Memilih bakal suami
Perempuan juga digalakkan untuk memilih bakal suami yang baik dan mulia. Nabi S.A.W. menggalakkan wanita supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut:
-Beragama
-Berakhlak mulia
-Beradab
-Mempunyai harta dan keturunan mulia

Diantara tujuan pemilihan calon suami dan isteri ialah untuk memberi kepuasan hati dan keyakinan dalam memilih dan menentukan pasangan suka dan duka kelak. Ini penting sebagai ikhtiar dan permulaan kepada perancangan kehidupan berkeluarga.

4. Meminang

Meminang ialah lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Dalam maksud lain meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk melangsungkan perkahwinan.

5. Mas kahwin

Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah serta manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perkahwinan.

Mas kahwin dibahagikan kepada dua jenis:

1. Mas kahwin yang ditentukan dan disebutkan semasa majlis akad dan dinamakan mahar musamma. Mahar musamma dibahagikan kepada 2 jenis:

-Mahar musamma al-Mua'jjal
Mas kahwin yang disebut di dalam akad serta dibayar oleh suami secara tunai dan segera.

-Mahar musamma al-muajjal
Mas kahwin yang disebut semasa akad, tetapi dibayar secara tangguh dan hutang.


2. Mas kahwin yang tidak ditentukan jumlahnya sewaktu akad dan dinamakan mahar mithil. Mas kahwin jenis ini mestilah dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar penilaian ahli keluarga dan sandara perempuan isteri...

6. Hantaran

Hantaran mengikut adat orang melayu ialah barang yang terdiri daripada mas kahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Hantaran dibawa pada hari berlangsungnya perkahwinan dan akad nikah sama ada bagi pihak pengantin lelaki kepada perempuan dan pengantin perempuan kepada lelaki dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11. Membawa hantaran adalah harus dalam syariat Islam selagi benda tersebut bernilai dan membawa faedah serta suci dan tidak ditegah oleh syara'.

7. Kenduri kahwin

Kenduri ialah jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Mengadakan majlis kenduri sunat muakkad hukumnya, iaitu sunat yang sangat dituntut supaya dilaksanakan walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Apa yang penting majlis kenduri bukanlah satu cara untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan tidak mencampurkan unsur-unsur maksiat dalam majlis yang berkat itu.

Itulah antara persediaan yang perlu ditempuhi oleh pengantin lelaki dan wanita untuk menempuhi dan melangsungkan perkahwinan. Apa yang penting, Islam tidak pernah menyusahkan seseorang dalam satu perkara. Jika tidak mampu untuk berbelanja besar, cukuplah dengan sekadar apa yang ada dan bersederhana dalam perbelanjaan.

(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)






Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...