Kerajaan di seluruh dunia seharusnya mempertimbangkan penggunaan dinar emas bagi
menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr.
Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, penyusutan dolar AS mewujudkan
masalah bagi negara-negara memandangkan mereka perlu menurunkan nilai
mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing. Jika setiap
negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan
sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis. Emas
mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik
berbanding mata wang.
langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti
dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh
menghentikan perang mata wang. Dolar AS kini sudah tidak
bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang
kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98
dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.“Mata
wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin
menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua
negara dunia,”.
"Bagaimanapun,Dr. Mahathir berkata, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan
dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu
menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli."
Mengulas
lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi
satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan
bergantung kepada nilai mata wang itu.
“Jika setiap negara
menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah
tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.
Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.
“Mata
wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya
negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku
kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.
Terdahulu
dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan
sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding
sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan
tidak dimanipulasi penyangak.
Dengan peserta industri mencari
jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat
memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.
“Saya jangka
kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan
berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional
yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.
Antara gesaan
beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai
alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai
mata wang global untuk perdagangan.